JARUM 7 BILAH
PENGELASAN SAINTIFIK
KHASIAT JARUM 7 BILAH
Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Liliopsida
Order : Liliales
Famili : Cactaceae
Genus : Pereskia
Spesis : P.sacharosa
Nama Binomial : Peeskia Sacharosa
KHASIAT JARUM 7 BILAH
Pokok jarum tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk ditanam sebagai perhiasan di dalam pasu. Pokok jarum tujuh bilah ini sama ada dimakan secara mentah @ ulam atau diambil secara rebusan dari tumbuhan segar, kedua duanya dipercayai mempunyai nilai perubatan kanser seperti, anti-ketumbuhan (tumor), anti-sengal otot (rheumatic), anti-ulcer, dan anti-inflammatory. Ia juga digunakan dalam ubatan melegakan sakit kepala, sakit perut (gastric pain), ulcer, buasir (hemorrhoids), penyakit kulit (atopic dermatitis),dan kesegaran badan (revitalizing the body).Di Panama, orang tempatan menggunakan seluruh tumbuhan Pereskia sacharosa untuk merawat masalah usus (gastrointestinal problems), sementara di India, Pereskia sachorosa digunakan sebagai ubat sakit pembengkakan.
PERUBATAN
Memakan pucuk daunnya dikatakan dapat mengubati penyakit kanser, gout, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang
KEGUNAAN
Pokok jarum 7 bilah dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser usus besar, kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya : -
- Dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya kedalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum.
- Daunnya dimakan sebagai ulam sebanyak 1-3 helai setiap hari.
- Daunnya dimakan sebagai ulam sebanyak 1-3 helai setiap hari.
- Boleh juga dijadikan jus minuman dengan cara mengisar daunnya hingga lumat dan dicampurkan dengan air suling.
Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya, ia juga dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.
No comments:
Post a Comment