HEMPEDU BUMI
PENGELASAN SAINTIFIK
Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Magnoliopsida
Order : Lamieales
Famili : Acanthaceae
Genus : Andographis
Spesisi : A.paniculata
Binomial : Andrographis paniculata
KHASIAT
Hempedu bumi ini mengandungi bahan kimia, bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agak sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.
Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.
Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.
PERUBATAN
- Menurunkan darah tinggi.
- Merawat kencing manis.
- Antiradang.
- Melegakan demam
- Pencair kahak.
- Pelawas pembuangan air besar.
- Menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan.
- Mempercepatkan pembekuan darah.
- Merawat luka
- Merawat kesan gigitan serangga.
Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum.
KEGUNAAN
Untuk merawat kesan gigitan serangga.
- Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan sehingga lumat dan sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu.
Untuk merawat penyakit darah tinggi dan demam.
- mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan
No comments:
Post a Comment