DAUN KADUK
PENGELASAN SAINTIFIK
Alam : Tumbuhan
Genus : Piper
Spesis : P.sarmentosum
Binomial : Piper Sarmentosum
KHASIAT DAUN KADUK
Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih, tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu.
Daun kaduk mengeluarkan sedikit aroma herba apabila dikoyak atau digosok antara tapak tangan. Rasanya berlada sedikit pahit, dan menaikkan rasa pelbagai jenis makanan seperti udang kering, telur, ikan dan daging
Ia digunAkan sebagai ulam dengan sayuran lain, dimakan bersama pencicah seperti sambal, cencalok, atau budu. Ia adalah bahan resepi nasi ulam, pucuk paku, perut ikan dan beberapa jenis laksa dan otak-otak pulau pinang. Daun kaduk sangat sesuai dengan sup cerah.
Daun kaduk ialah sumber yang baik untuk aktioksidan semulajadi kerana kaya dengan vitamin dan mineral.
PERUBATAN
- sembelit.
- sakitgigi.
- demam malaria.
- lemah dan sakit dalam tulang.
- Panau.
- Melawaskan kencing.
- Merawat demam Malaria.
- Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit.
- Melegakan batuk.
KEGUNAAN
Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat;
- sembelit
- sakitgigi
- demam malaria
- lemah dan sakit dalam tulang.
Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat. Hanya caranya berbeza.
- Melawaskan kencing - Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.
- Merawat demam Malaria- rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.
- Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk dan akarnya.
Langkah-langkah merawat ketiga-tiga diatas:
1. Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya, Bersihkan keseluruhan pokok tersebut. kemudian rebus kesemua sehingga mendidih, Biarkan air rebusan tadi menjadi suam, dan diminum perlahan-lahan.
2. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk.
Ambil beberapa helai daun kaduk segar, Ramas-ramaskan daun tersebut, Kemudian campurkan kesemua daun ramasan kedalam baldi yang berisi air, Akhirsekali, siramkan air tersebut keseluruh badan.
3. Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus bersama sedikit air. Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya. Kisar daun hingga halus dengan mencampur sedikit air. Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher.
4. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.
Ambil beberapa helai daun kaduk ditumbuk sehingga lumat, Kemudian sapukan pada kawasan tubuh badan yang berpanau.
5. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment