Tuesday, December 23, 2014

PECAH BELING




PECAH BELING

PENGELASAN SAINTIFIK

Alam      : Tumbuhan
Divisi     : Magnoliophyta
Kelas     : Magnoliopsida
Genus    : Strobilanthes
Spesies  : S. crispus
Binomial : Strobilanthes crispus



KHASIAT PECAH BELING

Mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencat pertumbuhan sel kanser usus, hati dan buah dada secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Daunnya yang dijadikan teh menunjukkan tahap antioksidan yang tinggi berkesan menurunkan paras gula dalam darah. Daun tanaman ini selain direbus untuk diminum airnya, ia juga boleh dimakan sebagai salad dan digunakan untuk mengatasi tubuh yang gatal kerana ulat bulu atau semut hitam, caranya dengan mengosokan daun nya langsung kebahagian yang gatal. Untuk mengatasi cirit-birit, seluruh bahagian dari tanaman ini direbus, selama lebih kurang setengah jam, kemudian airnya diminum. Daun pecah beling juga dapat mengatasi kencing manis dengan cara dimakan sebagai salad secara teratur setiap hari. Demikian pula untuk mengubat penyakit hati (sakit kuning),buasir dengan cara dimakan secara teratur. Penggunaan ekstrak daun sebagai teh herba menyumbang kepada nutrien tambahan dan antioksidan yang diperlukan di dalam tubuh bagi meningkatkan sistem pertahanan, terutamanya ke arah insiden penyakit-penyakit degeneratif. Di Indonesia, daun pecah beling digunakan secara tradisi untuk rawatan antikanser, kencing manis, rawatan fibroid rahim, leukimia, patukan ular dan batu karang.

PERUBATAN
  • Menyembuh sakit pinggang.
  • Mengubat panyakit hati ( sakit kuning ).
  • Buasir.
  • Mengatasi cirit birit.
  • Rawatan anti kanser.
CARA KEGUNAAN
  • Gatal-gatal
Untuk mengatasi gatal-gatal akibat ulat bulu dengan cara gosok daun nya ke tempat yang gatal berulang kali.
  • Cirit-birit
Seluruh bahagian dari tanaman ini direbus, selama lebih kurang setengah jam, kemudian airnya diminum.
  • Kencing manis
Dengan cara dimakan sebagai salad secara teratur setiap hari.

Wednesday, December 10, 2014

JARUM 7 BILAH



JARUM 7 BILAH


PENGELASAN SAINTIFIK


Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Liliopsida
Order : Liliales
Famili : Cactaceae
Genus : Pereskia
Spesis : P.sacharosa
Nama Binomial : Peeskia Sacharosa

KHASIAT JARUM 7 BILAH

Pokok jarum tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk ditanam sebagai perhiasan di dalam pasu. Pokok jarum tujuh bilah ini sama ada dimakan secara mentah @ ulam atau diambil secara rebusan dari tumbuhan segar, kedua duanya dipercayai mempunyai nilai perubatan kanser seperti, anti-ketumbuhan (tumor), anti-sengal otot (rheumatic), anti-ulcer, dan anti-inflammatory. Ia juga digunakan dalam ubatan melegakan sakit kepala, sakit perut (gastric pain), ulcer, buasir (hemorrhoids), penyakit kulit (atopic dermatitis),dan kesegaran badan (revitalizing the body).Di Panama, orang tempatan menggunakan seluruh tumbuhan Pereskia sacharosa untuk merawat masalah usus (gastrointestinal problems), sementara di India, Pereskia sachorosa digunakan sebagai ubat sakit pembengkakan. 

PERUBATAN

Memakan pucuk daunnya dikatakan dapat mengubati penyakit kanser, gout, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang

KEGUNAAN 

Pokok jarum 7 bilah dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser usus besar, kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya : - 

- Dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya kedalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum.
- Daunnya dimakan sebagai ulam sebanyak 1-3 helai setiap hari. 
- Boleh juga dijadikan jus minuman dengan cara mengisar daunnya hingga lumat dan dicampurkan dengan air suling.

Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya, ia juga dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.





























MULBERRY


MULBERRY

PENGELASAN SAINTIFIK


Kingdom     : Plantae
(Unranked) : Angiosperms
(Unranked) : Eudicots
(Unranked) : Rosids
Order            : Rosales
Family          : Moraceae
Tribe             : Moreae
Genus           : Morus

KHASIAT MULBERRY

1. Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.

3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

8. Buah mulberry ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberry .

9. Buah mulberry juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut.

11. Daun mulberry pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

11. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

PERUBATAN

1. sakit gigi,
2. tidak datang haid,
3. batuk berkahak,
4. sesak napas (asma),
5. muka bengkak (ederna),
6. kencing tidak lawas dan susah (disuria),
7. dan cacing kerawit.

1. Penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi),

2. Jantung berdebar (palpitasi),
3. Kencing manis,
4. Rasa haus dan mulut kering,
5. Sukar tidur (insomnia),
6. Batuk berkahak,
7. Kurang pendengaran dan penglihatan kabur,
8. Telinga berdenging (tinnitus),
9. Tuli, tujuh keliling (vertigo),
10. Hepatitis kronis,
11. Sembelit.

1. Menyembuhkan penyakit rematik, tangan dan kaki terasa sakit,
2. Sakit pinggang (lumbago),
3. Kejang pada tangan dan kaki,
4. Tekanan darah tinggi,
5. Menyuburkan pertumbuhan rambut.


KEGUNAAN

Kulit akar mulberry dapat menyembuhkan
Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang.

Masalah tangan dan kaki kebas.
- Bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberry, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

Mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga
- Ambil daun dalam 5 atau 4 keping, kemudian ditumbuk sehingga lumat, boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

Merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

- Ambil beberapa ranting kering pokok mulberry basuh hingga bersih, kemudian rebus ranting tadi sehingga medidih.

SAMBUNG NYAWA


SAMBUNG NYAWA

PENGELASAN SAINTIFIK

Alam       : Tumbuhan
Divisi       : Magnoliophyta
Kelas       : Magnoliopsida
Order       : Asterales
Famili      : Asteraceae
Genus      : Gynura
Spesies    : G. procumbens
Binomial : Gynura procumbens

KHASIAT

Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk meredakan demam. Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang.


PERUBATAN
  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Dapat menurunkan tekanan darah tinggi,
  • Sembelit,
  • Kencing manis
  • Kanser.
  • Merawat buah pinggang

.
Biasanya daunnya di makan mentah sebagai ulam. Batangnya sering digunakan untuk meredakan demam.


CARA PENGGUNAAN 
  • Untuk membuat jus minuman, rebus 7 hingga 12 helai daun segar kemudian airnya tadi diminum.
  • Untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan ditempat yang sakit.














HEMPEDU BUMI


HEMPEDU BUMI

PENGELASAN SAINTIFIK

Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta 
Kelas : Magnoliopsida
Order : Lamieales
Famili : Acanthaceae
Genus : Andographis
Spesisi : A.paniculata
Binomial : Andrographis paniculata

KHASIAT


Hempedu bumi ini mengandungi bahan kimia, bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agak sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.

Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan. 


Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.

PERUBATAN
  • Menurunkan darah tinggi.
  • Merawat kencing manis. 
  • Antiradang. 
  • Melegakan demam 
  • Pencair kahak. 
  • Pelawas pembuangan air besar.
  • Menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan.
  • Mempercepatkan pembekuan darah.
  • Merawat luka
  • Merawat kesan gigitan serangga.

Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum.



KEGUNAAN

Untuk merawat kesan gigitan serangga.

- Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan sehingga lumat dan sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu.

Untuk merawat penyakit darah tinggi dan demam
.

- mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan







DAUN KADUK




DAUN KADUK

PENGELASAN SAINTIFIK

Alam       : Tumbuhan
Genus      : Piper
Spesis      : P.sarmentosum
Binomial : Piper Sarmentosum

KHASIAT DAUN KADUK


Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih, tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu.

Daun kaduk mengeluarkan sedikit aroma herba apabila dikoyak atau digosok antara tapak tangan. Rasanya berlada sedikit pahit, dan menaikkan rasa pelbagai jenis makanan seperti udang kering, telur, ikan dan daging

Ia digunAkan sebagai ulam dengan sayuran lain, dimakan bersama pencicah seperti sambal, cencalok, atau budu. Ia adalah bahan resepi nasi ulam, pucuk paku, perut ikan dan beberapa jenis laksa dan otak-otak pulau pinang. Daun kaduk sangat sesuai dengan sup cerah. 



Daun kaduk ialah sumber yang baik untuk aktioksidan semulajadi kerana kaya dengan vitamin dan mineral.

PERUBATAN
  • sembelit. 
  • sakitgigi. 
  • demam malaria. 
  • lemah dan sakit dalam tulang. 
  • Panau. 
  • Melawaskan kencing. 
  • Merawat demam Malaria. 
  • Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit. 
  • Melegakan batuk. 
KEGUNAAN 

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat; 
  • sembelit 
  • sakitgigi 
  • demam malaria 
  • lemah dan sakit dalam tulang. 
Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat. Hanya caranya berbeza. 
  • Melawaskan kencing - Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum. 
  • Merawat demam Malaria- rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya. 
  • Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk dan akarnya. 
Langkah-langkah merawat ketiga-tiga diatas: 
1. Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya, Bersihkan keseluruhan pokok tersebut. kemudian rebus kesemua sehingga mendidih, Biarkan air rebusan tadi menjadi suam, dan diminum perlahan-lahan. 

2. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk. 
Ambil beberapa helai daun kaduk segar, Ramas-ramaskan daun tersebut, Kemudian campurkan kesemua daun ramasan kedalam baldi yang berisi air, Akhirsekali, siramkan air tersebut keseluruh badan. 

3. Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus bersama sedikit air. Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya. Kisar daun hingga halus dengan mencampur sedikit air.  Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher. 

4. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat. 
Ambil beberapa helai daun kaduk ditumbuk sehingga lumat, Kemudian sapukan pada kawasan tubuh badan yang berpanau. 

5. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat dan sebagainya.