Tuesday, February 24, 2015

POKOK SOM JAWA / GINSENG JAWA


SOM JAWA / GINSENG JAWA

PENGELASAN SAINTIFIK

Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Caryophyllales
Order : Magnoliopsida
Famili : Portulacaceae
Genus : Talinum
Spesies : T. paniculatum

KHASIAT SOM JAWA
  • Pokok Som Jawa merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara dan Tengah. Nama Botaninya ialah Talinum paniculatum Gaertn. Secara morfologi dan kandungan kimianya sama dengan pokok akar som.
  • Pokok Som Jawa dan juga pokok kalesom dikenali juga sebagai "Ginseng Jawa". Di dalam perubatan tradisional ia dicampur menjadi pelbagai jenis ubat dan yang paling terkenal dalam bentuk campuran anggur. Kajian mengenai khasiat dan keberkesanannya telah dilakukan untuk menjadikan Som Jawa/Kolesom sebagai Ginseng Jawa
  • Daun Kolesom/ Ginseng ini adalah tanaman perdu yang tumbunya semi menjalar dan biasanya mencapai tinggi 60 cm. Daunya oval berwarna hijau dan berbunga majemuk dengan kelopak berwarna merah jambu. Tanaman ini sangat mudah dikembang biakan, baik dengan biji mahupun dengan keratan batang. Kolesom jawa juga cantik di tanam dalam pasu sebagai tanaman hias karena bentuk daun dan bunganya menarik.
  • Semua bahagian tanaman ini boleh dibuat ubat, mulai dari akar hingga daunnya. Daunnya biasa dijual sebagai sayuran. Daun kolesom/ginseng sangat sedap  
  • Belum ada penelitian tentang manfaat kolesom, namun secara turun temurun akar dan daunya dipercaya dapat meningkatkan stamina tubuh. Sejauh ini baru diketahui bahwa di dalam akar kolesom/ginseng mengandung zat aktif seperti saponin, flavonoid dan tanin. Yang pasti bahagian daun mengandung vitamin A yang cukup tinggi, serat dan garam mineral.
    PERUBATAN

  • Akarnya dapat meningkatkan tenaga tubuh dan tenaga batin,  mengubati batuk, cirit birit, pusingan haid yang tidak teratur, masalah keputihan.
  • Akar ginseng jawa mengandungi saponin dan flavonoid yang baik untuk menguatkan paru-paru dan bersifat afrodisiak. 
  • Daunnya pula berkhasiat untuk melancarkan pengeluaran susu ibu, merawat bisol dan menambah selera makan.

    CARA KEGUNAAN

  • Akar ginseng jawa yang segar dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Ia direbus menggunakan dua gelas air sehingga tinggal segelas. Tapis dan sejukkan air rebusan tersebut. Minum air rebusan dua kali sehari dipercayai dapat menambah tenaga dan tenaga batin(seksual). 
  • Daun ginseng jawa segar yang ditumis dan dimakan sekurang-kurang dua kali dalam satu hari dapat menambah pengeluaran susu ibu dan menambah selera makan. 
  • Untuk merawat bisul, daun ginseng jawa segar dibersihkan dilumatkan dan dicampur sedikit gula merah. Ia ditampal pada bisul dan dibalut.

No comments: