Tuesday, February 10, 2015

DAUN PUDINA



DAUN PUDINA

PENGELASAN SAINTIFIK

Alam  : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Kelas  : Magnoliopsida
Order  : Lamiales
Famili : Lamiaceae
Genus : Mentha

KHASIAT PUDINA
  • Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman. 
  • Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus. 
  • Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot, sakit-sakit badan dan boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh 
  • Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan. 
  • Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus. 
  • Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut malah bukan itu sahaja malahan boleh menhilangkan nafas berbau. 
  • Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor. 
  • Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan. 
  • Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid. 
  • Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada. 
  • Teh pudina boleh digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. .
PERUBATAN
  • Melegakan kekejangan otot.
  • menghilangkan nafas berbau.
  • membantu menghakis dan mengeluarkan kahak.
  • proses penghadaman makanan.
  • meningkatkan selera makan
  • merawat gatal-gatal kulit.
  • melegakan saluran pernafasan.
CARA KEGUNAAN

Cara penyediaan teh pudina
  • Teh pudina - Rendam teh uncang + beberapa helai daun pudina dengan air panas.
Cara penyediaan masker dan hitam bawah mata
  • Masker - Tumbuk halus dan campurkan dengan plain yogurt. Sapukan pada muka dan biarkan 30 minit. Cuci dengan air suam. Kemudian bilas dengan air sejuk. InsyaAllah wajah akan lembap + lembut + tiada jerawat.
  • Hitam mata - Tumbuk halus dan sapu rata pada bawah mata. Biarkan 15 minit. Bilas dengan air suam + sejuk. InsyaAllah mata hitam akan hilang secara perlahan2..

No comments: