KELADI TIKUS
PENGELASAN SAINTIFIK
Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Liliopsida
Order : Alismatales
Famili : Araceae
Subfamili : Aroideae
Tribus : Areae
Genus : Typhonium
Spesies : T. glagelliforme
Nama binomial : Typhonium flagelliforme
KHASIAT KELADI TIKUS
- Di antara khasiat herba ini, ia bagus untuk rawatan penyakit barah seperti barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim dan buah pinggang. Keladi tikus dapat membunuh sel-sel barah ini dan membaiki semula sel yang telah rosak. Herba ini bersifat antivirus dan antibakteria. Air dari pokok ini mampu merencatkan ketumbuhan kanser dan membantu mengurangkan kesan sampingan
- Sebelum penemuan terbaru ini, herba tanaman ini telah lama digunakan dalam rawatan kecederaan dalaman dan bengkak dalaman yang menyebabkan pengumpulan cecair pada sel sel dan tisu dalaman. Batang tanaman ini secara tradisional digunakan sebagai ubat batuk dan untuk penyakit paru-paru. Di Filipina pembungaannya diguna untuk meredakan pendarahan dan membantu penyembuhan luka.
PERUBATAN
- Membantut ketumbuhan Sel Tumor
- Membantut ketumbuhan sel kanser
- Mengurangkan kesan sampingan dari rawatan kemoterapi (keguguran rambut, mual, hilangan selera makan dsb)
- Bertindak sebagai Anti-virus dan bakteria
- Merungkaikan keracunan toksik ubatan
- Merungkaikan keracunan toksik rokok
- Mengatasi penyakit diabatis melitus
- Mengatasi tekanan
- Meningkat stamina dan ketahanan diri
- Membantu melegakan penyakit kegagalan jantung
- Meyembuh selsema, batuk, kahak dan sakit kepala
- Anti Asma
- Meredahkah bengkak dan sakit
- Mengatasi masalah kekembungan perut
- Menyembuh penyakit hati.
CARA KEGUNAAN
Seluruh tanaman ini boleh digunakan bagi tujuan perubatan, mulai dari akar (ubi), batang, daun, sehingga bunganya. Selain dikeringkan dan dijadikan kapsul, terdapat beberapa cara penyediaan yang lain, antaranya:
1. Campuran air panas
Tumbuk dua batang pokok keladi tikus dicampurkan bersama setengah gelas air panas, jangan direbus kerana ini boleh menurunkan kesannya. Disarankan campuran beberapa herba lain seperti hempedu bumi, rumput mutiara, dan temu putih. air keladi tikus tidak boleh diambil berlebihan kerana dikhuatiri akan menimbulkan kesan sampingan kepada pesakit. sukatan airnya adalah empat sudu, tiga kali sehari.
2. Dikisar tanpa masak
i) Ambil Keladi Tikus segar sebanyak 50 gram (keseluruhan: terdiri dari ubi, daun, akar). buang bahagian-bahagian yang sudah rosak, dan basuh dengan air yang bersih kemudian kisar, jadikan jus. perhatian: airnya tidak boleh disimpan lama, dikhuatiri membusuk.
Pengambilan:
3 kali sehari @ 50 gram tanaman segar (pagi, petang,malam). Diminum ½ jam sebelum makan. Bagi yang mempunyai gangguan perut atau gastrik, minum ½ jam selepas makan