Monday, May 30, 2016

POKOK MISAI KUCING


POKOK MISAI KUCING

PENGELASAN SAINTIFIK

Nama Tempatan : Misai kucing
Nama Saintifik   : Orthosiphon aristatus /stamineus benth
Nama Lain         : Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, remujung, Javatee,
                              Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher
                              Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea, Koemis
                              Koetjing and Yaa Nuat Maeo.
Latin name         : Orthosiphon spicatus
Famili                 : Lamiaceae


KHASIAT POKOK MISAI KUCING

Orang Melayu telah lama mengetahui misai kucing sebagai perawat penyakit gangguan ginjal, batu ginjal, ngilu sendi dan kencing berdarah. Di Eropah, misai kucing telah lama digunakan semenjak abad ke 19 sebagai ubat lawas kencing. Misai kucing dipercayai membantu mengeluarkan toksik dalam tubuh tanpa mendatangkan kesan dehidrasi, sekaligus mempelancarkan peranan ginjal. Daun misai kucing mengandungi kalium dan glikosida orthosifonin yang berfaedah melarutkan asam urat, fosfat dan oksalat dari tubuh. Ia telah terkenal sejakturun temurun untuk merawat masalah buah pinggang dan masalah pundi kencing kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Selain dari itu, ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, arthritis, rheumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan pada wanita.
 
PERUBATAN
  • Merawat penyakit kencing manis. 
  • Memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang. 
  • Membantu mengelakkan penyakit batu karang. 
  • Membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan. 
  • Membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. 
  • Mengurangkan kadar kolesterol darah. 
  • menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.